Pemergian Tam: Harapan Yang Makin Pudar

Kematian Tam menjadi peringatan penting bahawa badak sumbu Sumatera sudah hampir pupus dengan hanya tinggal 50 ke 80 ekor sahaja di seluruh dunia.
Ensani-The Death of Tam: A faltering hope.
Ensani-Pemergian Tam: Harapan Yang Makin Pudar

Baca artikel ini dalam versi bahasa Inggeris di: The Death of Tam: A Faltering Hope.

Kematian Tam telah mendapat perhatian dunia minggu lalu. Tam adalah seekor badak sumbu Sumatera jantan yang terakhir di Malaysia.

Tam dijumpai ketika ia sedang merayau-rayau di ladang kelapa sawit pada tahun 2008. Tam ditangkap dan dipindahkan ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu di SabahMalaysia telah mengisytiharkan kepupusan badak sumbu Sumatera pada tahun 2015, namun penemuan Tam telah mengembalikan harapan baru dalam usaha menyelamatkan badak sumbu Sumatra daripada kepupusan.

Malangnya, usaha pembiakan ini masih tidak berjaya.

Kerana itulah, kematian Tam adalah satu berita yang amat menyedihkan.

Kematian Tam menjadi peringatan penting bahawa badak sumbu Sumatera sudah hampir pupus dengan hanya tinggal 50 ke 80 ekor sahaja di seluruh dunia.

Hari ini, di Malaysia hanya seekor badak sumbu Sumatera betina yang masih hidup. Namanya Iman. Dengan kematian Tam, Iman tinggal tiada berteman menamatkan segala usaha untuk melahirkan zuriat baharu.

Kehilangan habitat dan aktiviti pemburuan haram telah menjadikan spesis badak sumbu Sumatera hampir pupus. Badak sumbu kerap diburu pada awal 1900an, dengan 20 bilah tanduk  dieksport setiap tahun. 

Kehilangan Tam memberi tekanan ke atas kepentingan mencari saki-baki badak sumbu Sumatera liar di hutan belantara di Kalimantan dan Sumatera dan membawa mereka ke kawasan perlindungan, sekaligus menggiatkan usaha menghalang kepupusan spesis ini, terutamanya di Malaysia.

Malaysia masih berharap agar pihak Indonesia dapat menyertai usahasama menyelamatkan spesis terancam ini.

Adakah kematian Tam sia-sia? Apa peranan kita untuk menyelamatkan spesis terancam ini?

Baca artikel ini dalam versi bahasa Inggeris di: The Death of Tam: A Faltering Hope.

Search