Yayasan Gemilang telah ditubuhkan bagi tujuan melahirkan modal insan yang cemerlang, matang dan seimbang.

Ditubuhkan dengan rasminya pada tarikh 16 Oktober 2003; dan Beroperasi di Tingkat 15, Bangunan Yayasan Selangor, 74, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Yayasan Gemilang bertujuan untuk:

Meningkatkan kemajuan pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan keusahawanan; dan
Memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan bagi warga negara Malaysia yang kurang berkemampuan serta golongan anak-anak yatim di dalam bidang teknologi.

Selaku organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan teknologi dan pendidikan, Yayasan Gemilang telah menyediakan pakej pendidikan lengkap kepada anak-anak negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meliputi pelajar sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, masyarakat bekerja dan masyarakat minoriti Orang Asli.

Setelah 15 tahun beroperasi, Yayasan Gemilang kini berupaya untuk menganjurkan pelbagai program bantuan kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan keusahawanan bagi melahirkan modal insan cemerlang, matang dan seimbang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan Wawasan 2020.

Search